Sunday, October 18, 2009

Gangster Kampung Dusun

Akan hal jurnal berkualiti,
Apa halnya,
Tiadalah hal sebenarnya,
Kenapa jadi hal,
Sebab si gangster kampung dusun lah.
Siapa gangster kampung dusun,
Yang dalam cerita arwah P.Ramlee,
Itu tahu, apa kaitan dengan jurnal berkualiti,
Ha, ha, ... tiada kaitan.
Daaaaa....



Tapi ada satu cerita lagi,
Macam kisah dua darjat,
Ada kaitan dengan jurnal berkualiti,
Ada, tapi takda
Apalaaahhh,
Iya, tapi jurnal berkualiti baik sikit,
Sebab mengajak kita sama-sama kualiti, agaknyalaahhh.
Sangka baik.



Apa itu kualiti?
Kena tanya anak saudara saya, dia belajar kualiti.
jurnal kualiti memenuhi takrif ke? ada iso tak?
entahlah...
masyarakat saintifik iktiraf, maka jadilah ia jurnal kualiti,
oohhh...

Tuesday, July 14, 2009

Qada' dan Qadar

Tidak ingat ayat yang mana satu, tapi begini lebih kurangnya makna Qada' dan Qadar:
Jika seseorang sentiasa berbuat baik, sembahyang contohnya, kemudian apabila hampir nak mati, beliau tidak bersembahyang, maka beliau akan masuk neraka.
Jika seseorang sentiasa berbuat jahat, tidak bersembahyang contohnya, kemudian apabila hampir nak mati beliau berbuat baik, maka beliau akan masuk syurga.

Berdasarkan hal di atas, kita buat reverse simulation:
Katalah kita sudah confirm akan masuk neraka (minta dijauhkan), adakah kita akan bersembahyang? jawab sendiri...

Katalah pula, kita sudah tahu akan masuk syurga (moga-moga), adakah kita akan bersembahyang? jawab sendiri juga..

Maka dengan jawapan kita itu, sepatutnya tambah fahamlah akan makna Qada' dan Qadar ini.

3e